ROS ATAU MAWAR?
Ros ialah mawar.
Mawar ialah ros.
Mawar adalah panggilan orang Melayu untuk ros. Ros pula adalah panggilan bagi mawar secara am di seluruh dunia. Mawar, pernah dicadangkan untuk dijadikan bunga kebangsaan negara kita Malaysia sebelum bunga raya.
Mawar disimbolkan sebagai bunga cinta, bunga romantis, bunga yang penuh makna. Bunga ini pelbagai variasinya dan dicatat sebagai antara bunga yang tertua di dunia.
Semaian mawar.
Semaian mawar hibrid agak sukar berbanding mawar kampung atau mawar liar. Walaubagaimana pun, tidak salah kalau ingin mencuba ;). Keratan batang mawar dipotong secara menyerong, dan tanam ke media tanah merah. Bekas yang mengandungi keratan mawar tadi perlu diasingkan jauh dari semaian lain bagi mengelakkan gegaran pada batang. Biasanya, gegaran atau gerakan pada ranting/batang yang disemai akan menyebabkan proses semaian kita gagal. Pastikan juga media sentiasa lembab, tidak terlalu kering, air juga tidak bertakung dalam bekas semaian.
Penjagaan mawar
Di tapak semaian, mawar tanah rendah tidak memerlukan penjagaan yang terlalu teliti. Cukuplah pantau makan minumnya, pastikan medianya subur tidak gersang. Kami biasanya menggunakan baja kopi, baja kulit udang buatan sendiri, baja organik olahan sisa dapur. Untuk kawalan makluk perosak, kulat dan sebagainya kami lebih suka guna cuka kayu dengan sukatan sekitar 2ml-5ml untuk 1 liter air. Aktiviti ini bukanlah setiap hari, sebaliknya cuma 2 minggu sekali. Congak mudah, sekali di awal dan sekali di pertengahan bulan.
Dipercayai, dengan menabur serbuk kopi kita dapat menikmati hasil bunga yang besar!
Untuk anda yang berminat untuk cuba jaga ros tahan lasak ini boleh jalan-jalan di link kedai ini.
Foto: Antara bunga yang sedang mekar di laman kami.






Comments
Post a Comment