Posts

Showing posts from June, 2024

ROS ATAU MAWAR?

Image
 Ros ialah mawar.  Mawar ialah ros. Mawar adalah panggilan orang Melayu untuk ros. Ros pula adalah panggilan bagi mawar secara am di seluruh dunia. Mawar, pernah dicadangkan untuk dijadikan bunga kebangsaan negara kita Malaysia sebelum bunga raya.  Mawar disimbolkan sebagai bunga cinta, bunga romantis, bunga yang penuh makna. Bunga ini pelbagai variasinya dan dicatat sebagai antara bunga yang tertua di dunia. Semaian mawar. Semaian mawar hibrid agak sukar berbanding mawar kampung atau mawar liar. Walaubagaimana pun, tidak salah kalau ingin mencuba ;). Keratan batang mawar dipotong secara menyerong, dan tanam ke media tanah merah. Bekas yang mengandungi keratan mawar tadi perlu diasingkan jauh dari semaian lain bagi mengelakkan gegaran pada batang. Biasanya, gegaran atau gerakan pada ranting/batang yang disemai akan menyebabkan proses semaian kita gagal. Pastikan juga media sentiasa lembab, tidak terlalu kering, air juga tidak bertakung dalam bekas semaian. Penjagaan mawar...